Wednesday, June 30, 2010

Bengkel Etp Tabika Perpaduan Daerah Gombak.




Bengkel E-TP Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah diadakan pada 29 Jun 2010 bertempat di Makmal Komputer Kolej Komuniti Selayang. Bengkel ini dikendalikan oleh Cg Norashidah bt Md Nor iaitu pelapis Jurulatih Utama dan dibantu oleh Cg Siti Khursiah dan Cg Anita. Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk membantu guru dan penolong guru menghantar maklumat pentadbiran Tabika melalui program e-tp .Bengkel ini melibatkan semua guru dan penolong guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan semua peserta begitu tekun mempelajari setiap maklumat yang disampaikan oleh Cg Norashidah.

Friday, June 25, 2010

MESYUARAT SUKANEKA TABIKA PERPADUAN








Pada 25 Jun 2010 mesyuarat AJK Sukaneka Tabika Perpaduan peringkat Daerah Gombak telah diadakan di Tabika Perpaduan Kg Wira Damai. Mesyuarat dipengerusikan oleh Cg Rosnawati bt Hassan iaitu pengerusi sukaneka tahun 2010.
En Majedran A/L Muniandy PPD dan Pn Rahayu bt Abd Wahab PPP yang juga Penyelia Tabika Perpaduan Daerah Gombak turut hadir bagi melancarkan perjalanan mesyuarat tersebut . Tujuan mesyuarat diadakan ialah untuk mendapat maklumbalas tugas-tugas semua AJK yang telah dilantik. Sukaneka Tabika Perpaduan telah ditetapkan pada 18 Julai 2010 bertempat di Padang Kraf Tangan Malaysia Templer Park, Rawang. Mesyuarat berjalan dengan lancar.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS KLCC
















Pada 24 Jun 2010 Tabika Perpaduan Kg Wira Damai telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Petrosains KLCC. Aktiviti ini melibatkan murid-murid tabika seramai 29 orang, JPTP, ahli keluarga murid-murid dan guru tabika. Tujuan lawatan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid Tbk menerokai apa yang ada diluar,membentuk semangat kerjasama serta boleh berdikari.
Aktiviti ini juga mendapat kerjasama yang baik daripada ibu-bapa dan JPTP disamping dapat memupuk semangat perpaduan dan kemesraan dikalangan guru-guru ,ibubapa dan juga murid-murid Tabika.
















Tuesday, June 1, 2010

SAMBUTAN HARI LAHIR KANAK-KANAK








Sambutan hari lahir kanak-kanak Tabika Perpaduan Kg Wira Damai yang telah diadakan pada 27 Mei 2010 meraikan ulang tahun yang ke 6 adik Sajid Alim bin Sufandi dan dan 1 Jun 2010 pula meraikan ulang tahun yang ke 5 adik Rapie. Turut hadir ialah ahli keluarga anak-anak yang diraikan