Saturday, October 16, 2010

PERASMIAN TABIKA PERPADUAN BIRCHWOOD










10 Oktober 2010 Y. Bhg Th Hj Abd Halim bin Omar Pengarah JPNIN Negeri Selangor telah merasmikan Tabika Perpaduan Birchwood, Tasik Putri Rawang. Tabika Perpaduan Birchwood telah beroperasi pada bulan Januari 2010. Dalam majlis yang sama juga turut diadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak Tabika Perpaduan dan kanak-kanak yang berumur dibawah 12 tahun. Turut hadir ialah En Magedran A/L Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak, Pn Azean bt Abdul Rahman Pen. Pegawai Perpaduan Daerah Gombak serta kakitangan JPNIN Daerah Gombak.

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN BULAN BAHASA PERINGKAT NEGERI SELANGOR.









Pada 7 Oktober 2010 bertempat di Kompleks Muhibbah Taman Boltan telah berlangsung Majlis Perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor. Perasmian telah disempurnakan oleh wakil kepada Menteri Besar Selangor. Pn Azean bt Abdul Rahman Pen. Pegawai Perpaduan Daerah Gombak dan Pn Rahayu bt Abdul Wahab Pem. Pegawai Perpaduan Daerah Gombak hadir sama dalam majlis tersebut. Perbagai pertandingan telah diadakan antaranya ialah pertandingan bacaan puisi, kuiz bahasa dan sastera, bercerita, berbalas pantun , membaca berita dan lain-lain. Kanak-kanak dari 4 buah Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah dipilih menyertai pertandingan mewarna. Adik Qistina bt Mohd Zainuddin dari KTP Kg Wira damai telah mendapat tempat kedua dan hadiah berupa buku cerita dan wang tunai RM 100.00, manakala 5 orang lagi kanak-kanak KTP Kg Wira Damai mendapat hadiah saguhati berupa buku cerita. Kanak-kanak tersebut ialah Nor Jana, Nor Athira , Mohd Syafik ,Mohd Akil Asfraf dan Azrizal Azizul. .

Friday, October 8, 2010

LAWATAN KLINIK PERGIGIAN SELAYANG KE KTP WIRA DAMAI



Pada 28 September 2010 Klinik Pergigian Selayang telah mengadakan lawatan kali ke 2 tahun 2010 ke KTP Kg Wira Damai. Kanak-kanak tabika diajar cara menjaga dan memberus gigi yang betul. Jururawat juga mengingatkan kanak-kanak mengamalkan makan makanan yang berkhasiat agar gigi sentiasa sihat.