Saturday, January 29, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL NEGERI SELANGOR


Pada 25hb Januari - 26 Januari 2011 satu Mesyuarat Pengurusan JPNIN Negeri Selangor Bil 1/2011 telah di adakan di Dewan Klanang, Impian Morib Hotel, Morib,Kuala Langat. Mesyuarat ini telah di hadiri oleh Tuan Pengarah JPNIN Negeri Selangor, Pegawai-pegawai Perpaduan Daerah, Pegawai-pegawai Kanan Daerah, Pembantu Tadbir Daerah dan Jurulatih Utama serta kakitangan JPNIN Negeri Selangor. Tujuan Mesyuarat ini di adakan adalah untuk membentangkan Laporan Tahunan/Imbasan Prestasi Jabatan pada tahun 2010 mengikut Daerah di Negeri Selangor. Pn Azean bt Abd Rahman selaku Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Gombak yang mewakili En Magedran A/L Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak telah diberi kepercayaan untuk membentangkan Laporan-laporan tahunan 2010 yang meliputi Bahagian Pengurusan, Operasi dan Kewangan di Daerah Gombak. Mesyuarat ini juga turut membincangkan tentang Laporan Kalendar Aktiviti tahun 2011 yang akan di jalankan di setiap peringkat daerah di Negeri Selangor.














Wakil-wakil dari Daerah Gombak dan Daerah Hulu Selangor yang menghadiri Mesyuarat Pengurusan JPNIN Negeri Selangor Bil 1/2011.







Pn Azean sibuk berbincang dengan Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Selangor.

Friday, January 28, 2011

MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA PENYELARAS TABIKA PERPADUAN TAHUN 2011

Satu Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) telah diadakan pada 23hb Januari 2011 di Tabika Perpaduan Kg Wira Damai. Mesyuarat yang di adakan ini bertujuan untuk melantik ahli-ahli Jawatankuasa Tabika yang baru yang akan membantu guru-guru tabika dalam melaksanakan dan menjayakan aktiviti yang di atur dan di rancang oleh tabika sepanjang tahun 2011 ini. Turut serta dalam mesyuarat JPTP ini adalah pagawai-pegawai dari Jabatan Perpaduan dan SeIntegrasi Nasional Daerah Gombak. Ucapan ribuan terima kasih kasih kepada Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Gombak, Pn Azean, En Za'aba dan Pn Norzaliza yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat ini.



Ibubapa dan para jemputan tekun mendengar penerangan daripada pegawai Perpaduan Daerah Gombak tentang tugas-tugas ahli Jawatankuasa yang di lantik bagi sesi 2011 ini.

Sunday, January 23, 2011

MAJLIS PERHIMPUNAN AWAL TAHUN NEGERI SELANGOR

Pada 22 Januari 2011 bertempat di Dewan Perpaduan, Pejabat Perpaduan Daerah Petaling telah berlangsungnya Satu Majlis Perhimpunan Awal Tahun Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional 2011. Majlis ini telah melibatkan seluruh warga kerja JPNIN Negeri Selangor serta guru-guru dan penolong guru Tabika Perpaduan. Majlis ini telah bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari, dan di sambung semula pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Perhimpunan awal tahun pada kali ini telah di rasmikan oleh wakil ketua Pengarah iaitu Yg.bhg Tuan Ganesan A/L Letchumanan Timbalan KetuaPegarah (Operasi) JPNIN Malaysia. Turut hadir bersama ialah Tuan Haji Abdul Halim bin Omar Pengarah JPNIN Negeri Selangor dan Pegawai-pegawai Perpaduan Daerah
.




Wednesday, January 19, 2011

Sesi pemeriksaan kesihatan awal tahun 2011


Pada 11 januari 2011 sekumpulan jururawat dari Klinik Kesihatan yang berhampiran telah datang ke Ktp Kg Wira damai untuk melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap kanak-kanak. Pemeriksaan tersebut melibatkan pemeriksaan dari aspek kesihatan kuku, rambut dan diri.












Kanak-kanak Ktp Kg Wira Damai menunggu giliran untuk di periksa oleh jururawat yang bertugas.








Jururawat tekun membuat laporan tentang tahap kesihatan kuku, rambut dan diri kanak-kanak mengikut hasil pemeriksaan yang di jalankan.

Monday, January 10, 2011