Monday, March 29, 2010

MURID-MURID TAHUN 2010


Pendaftaran murid-murid KTP Kg Wira Damai Tahun 2010 seramai 36 Orang.

Sunday, March 28, 2010

"KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH DAN MAKSIAT"


















Pada 27 Mac 2010 bertempat di Kompleks Muhibbbah Taman Boltan telah diadakan Pertandingan mewarna murid-murid Tabika Perpaduan Daerah Gombak .Seramai 50 orang murid-murid tabika Peraduan telah menyertai pertandingan ini. Program ini diadakan sempena "KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH DAN MAKSIAT "anjuran Persatuan Bekas Anggota Perisikan Malaysia (BARIS) Wilayah Persekekutuan / Selangor. Program ini merupakan program bersiri bagi seluruh daerah dalam Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan.

Tujuan diadakan ialah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat tentang kes-kes jenayah yang sering berlaku dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Majlis disempurnakan oleh Ketua Polis Selangor. En Magedran A/L Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak turut hadir pada dalam program tersebut.

Wednesday, March 17, 2010

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH JPTP


Gambar-gambar sekitar majlis penyerahan watikah JPTP Tabika Perpaduan Daerah Gombak yang telah berlangsung pada 21 Februari 2010 di Tkt 3 Auditorium Hospital Sg Buluh Selangor anjuran JPNIN Daerah Gombak yang di Pengerusikan oleh Cg Intan Nazeha. Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Tn Hj Halim bin Omar Pengarah JPNIN Negeri Selangor.








RAKAMAN RANCANGAN PONDOK-PONDOK TV9

17 Mac 2010 kanak-kanak Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah menghadiri sessi rakaman rancangan pondok-pondok di TV9 yang dihoskan oleh pelawak Nabil. Seramai 100 orang kanak-kanak terlibat dalam program ini dengan diiringi guru kelas masing. Kanak-kanak juga di hiburkan dengan persembahan silap mata.






17 Mac 2010 kanak-kanak tabika perpaduan Daerah Gombak telah menghadiri sessi rakaman program ponduk-ponduk di NTV7. Tabika yang terlibat ialah KTP Tmn Sri Gombak A, KTP Kg Melayu,KTP BBS, KTP Kg Wira Damai, KTP Kg Laksamana, KTP Puncak Tmn Sri Gombak, KTP Kg Sri Indah, KTP PKKN dan KTP Kg Mtg Pagar, kanak-kanak yang terlibat ialah seramai 100 orang dengan diiringi oleh guru kelas masing-masing.


Monday, March 15, 2010

SAMBUTAN HARI LAHIR


Sambutan hari lahir kanak-kanak bulan Februari 2010. Sambutan hari Lahir kanak-kanak Tabika Perpaduan Kg Wira Damai akan disambut pada setiap bulan.

Sunday, March 14, 2010

Kursus Bahasa Inggeris.

Kursus Bahasa Inggeris guru-guru tabika perpaduan Daerah Gombak. Kursus ini berlanggsung selama 3 bulan di Kolej Komuniti Selayang Selangor.