Thursday, November 25, 2010

Program Cak-cak Comel


Pada 25 November ( Khamis ) LPPKN Selayang telah menganjurkan program Cak-cak comel. Pihak LPPKN telah menjemput Tabika Perpaduan Daerah Gombak dan Tabika swasta menyertai aktiviti mewarna, bersenam, permainan lego dan persembahan purpet. Dalam pertandingan mewarna adik Mohd Aqil Asraf dari KTP Kg Wira Damai telah mendapat tempat pertama, tempat kedua dimenangi oleh adik Nurul Asiqin bt Utong Diki dari KTP Pangsapuri Nuri dan tempat ketiga dimenangi oleh Adik Qistina bt Mohd Zainuddin dari KTP Kg Wira Damai. Selain daripada Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak, perpustakaan daerah juga terlibat. Turut hadir sama ialah En Majedran A/L Muniandy Pegawai JPNIN Daerah Gombak.








































KURSUS MOTIVASI BENA NEGARA











Kursus Motivasi BTN Asas ini telah dianjurkan
oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak
bersama Kem Bina Negara Meru ,Klang bermula 12 Nov hingga 14 Nov 2010 bertempat di BTN Meru Klang. Perserta yang terlibat seramai 84 orang terdiri daripada Pegawai-Pegawai JPNIN Daerah Gombak ,Guru,Pen guru
Tabika Perpaduan Daerah Gombak, AJK Rukun Tetanggga dan Jawatan Kuasa Penyelaras Tabika Perpaduan Daerah Gombak.
Antara pengisian kursus ialah ceramah 1 Malaysia oleh ketua Fasilitator En Mohd Aizal bin Baharuddin. Peserta BTN pada kali ini juga sangat bertuah kerana Menteri Pertanian Dan Asas Tani Datok Sri Noh Omar telah hadir untuk sessi diolag dengan peserta kursus.
Pada hari ketiga semua perserta megikut kumpulan masing-masing diberi tugas aktiviti Kembara Rukun Negara (KRN). Semua peserta sangat gembira dan bersungguh-sungguh melakukan setiap aktiviti yang diadakan dan keseluruhan peserta barazam akan berubah setelah pulang dari kursus BTN. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Cik Norhaida bt Ariffin Pengetua Kem Bina Negara Meru.



Monday, November 22, 2010

Sambutan Hari Deepavali, Hari Lahir dan Jamuan Akhir Tahun











Pada 3 November 2010 Rabu, KTP Kg Wira Damai telah mengadakan majlis Sambutan Hari Deepavali, Hari Lahir dan Jamuan Akhir Tahun. Tujuan hari Deepavali diadakan supaya murid-murid Tabika tahu negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbagai kaum dan agama. Rakyat malaysia juga meraikan perayaan yang berbeza dan hidup dengan aman dan damai . Pada hari tersebut juga diadakan sambutan hari lahir adik Mohd Fazli bin Faizal yang ke 6 tahun dan Adik Nur Syaidatul Ilyana yang ke 5 tahun. Jamuan dibiayai sepenuhnya oleh ibu bapa dan JPTP. Turut hadir memeriahkan majlis ialah En Majedran A/L muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak , Pn Rahayu bt Abd Wahab PPP Daerah Gombak dan En Remlee bin Dollah pengerusi JPTP. Pihak tabika menyucapkan jutaan terimakasih kepada semua ibubapa yang hadir dan menyumbang makanan dan tenaga pada majlis tersebut.

Friday, November 5, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN CG SITI KHURSIAH & EN AZIZ BIN ABDULLAH














Tanggal 31 Oktober 2010 telah berlangsung majlis perkahwinan Siti Khursiah bt Mohd Johan Guru KTP Wira Damai dengan pasanganya En Aziz bin Abdullah yang bertugas sebagai tentera . Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Magedran A/L Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak kerana sudi meluangkan masa hadir meraikan majlis perkahwinan beliau. Turut hadir ialah En Za'aba Abd Rahman PPPD, Pn Rahayu Abd Wahab PPPD ,Pn Noor Zaliza bt Saad PPPD , Pn Hanan Ramli serta guru dan penolong guru JPNIN Daerah Gombak. Seluruh kakitangan JPNIN Daerah Gombak mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan berbahagia hingga ke anak cucu.

JAMUAN PERPADUAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL WATIKAH PERLANTIKAN AJK KRT DAERAH GOMBAK














Pada 31Oktober 2010 telah diadakan majlis jamuan Perpaduan dan penyampaian Sijil Watikah Perlantikan AJK KRT Daerah Gombak , Majlis telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tn Muhammad Fithal bin Din Penolong Pengarah RT JPNIN Negeri Selangor.




Hari Graduan dan Tabikarama Tabika Perpaduan Daerah Gombak




Pada 24 Oktober 2010 Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak telah menganjurkan Hari Graduan Dan Tabikarama TP peringkat Daerah Gombak. Majlis telah diadakan di Tkt 3 Auditrium Hospital Sg Buluh dan di rasmikan oleh Y.Bhg Tn Bahkri bin Addul Rahman Pegawai Pendidikan Daerah Gombak. Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk meraikan kanak-kanak yang akan meneruskan pelajaran ke darjah satu pada tahun 2011 dan disamping itu juga kita dapat menyaksikan bakat-bakat kanak-kanak dalam tabikarama. Sebanyak 18 buah tabika Perpaduan terlibat dalam dalam program tersebut. Turut hadir sama meraikan kanak-kanak ialah En Majedran A/L Muniandy PPD, Pn Azean bt Abd Rahman PPPD,kakitangan JPNIN Daerah Gombak, Pengerusi KRT dan Pengerusi KRT. Majlis berjalan lancar dan meriah.