Monday, October 1, 2012

Kempen '15min READING BREAK' - Program Hari Ilmu Negeri Selangor 2012

Program hari Ilmu Negeri Selangor 2012 yang telah di lancarkan pada Bulan Jun - Julai 2012 yang lepas  telah di adakan sekali lagi di Kompleks Selayang Mall ,KEPONG bagi sekitar kawasan Daerah Gombak. Program ini sekaligus telah di jadikan acara PENUTUP bagi Pelancaran Program HARI ILMU - GERAKAN MEMBACA PERDANA NEGERI SELANGOR 2012. Acara ini merupakan Anjuran bersama dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
    Seramai 66 orang kanak-kanak yang mewakili Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah dijemput hadir bagi mengikuti Program Gerakan Membaca ini. Sebahagian Kanak-kanak tekun membaca buku cerita yang di berikan oleh penganjur Program mengikut masa yang ditetapkan iaitu sekitar 15minit.