Wednesday, December 15, 2010

MAKAN MALAM JPNIN DAERAH GOMBAK









15 Disember 2010 (Rabu). JPNIN Daerah Gombak telah mengadakan majlis makan malam di Restoran Nelayan ,Taman Tasik Titiwangsa K.Lumpur. Majlis dihadiri oleh kakitangan JPNIN Daerah Gombak serta keluarga. VVIP yang hadir ialah Tn Fithal bin Din Penolong Pengarah RT JPNIN Negeri Selangor dan En Magedran A/L Muniandy Pegawai Perpaduan JPNIN Daerah Gombak.




Monday, December 13, 2010























12 November 2010. KRT Kg Wira Damai dengan kerjasama , Polis Daerah Gombak,JASA Daerah Gombak, Pejabat Kesihatan Daerah Gombak , RELA Daerah Gombak dan Komuniti Penduduk Kg Wira Damai telah mengadakan program Warga Ceria (Walkaton Keluargaku Sayang). Berbagai acara sukan telah diadakan antaranya ialah pertandingan berjalan kaki mengikut peringkat umur iaitu remaja lelaki, remaja perempuan, dewasa lelaki dan dewasa perempuan. Pertandingan kerusi berirama juga diadakan untuk remaja dan dewasa .Untuk kanak-kanak pula diadakan pertandingan tiup belon dan pertandingan mewarna. Pemeriksaan kesihatan secara percuma juga turut diadakan kepada orang ramai. Pihak penganjur juga membuka kaunter daftar Pemilih/SPR. Untuk memeriahkan lagi majlis, cabutan nombor bertuah turut diadakan. Majlis berjalan lancar dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua peringkat umur. Hadir bagi memeriahkan program ialah En Abu Samah Hj Husin Pengerrusi KRT Kg Wira Damai , En Razali Pegawai JASA Gombak, Pemimpin-pemimpin tempatan dan wakil-wakil Jabatan yang mengambil bahagian.

Monday, December 6, 2010

SEMINAR KESEDARAN PENGGUNA (KEMPEN PENGURANGAN PENGAMBILAN GULA)


Pada 4 November 2010 (Sabtu) bertempat di Dewan Kompleks Pegawai Daerah Gombak telah berlangsung seminar kesedaran pengguna dengan kempen pengurangan pengambilan gula anjuran Pejabat perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Penggunaan Gombak & Gerakan Pengguna Daerah (GPD). Peserta terdiri daripada kakitangan JPNIN Daerah Gombak, Guru -guru Tabika Perpaduan ,Pengerusi KRT, Ahli Jawatankuasa KRT dan penduduk tempatan. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tn Hj Zainon Salleh Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Penggunaan Negeri Selangor.


Seminar ini sangat berfaedah dan memberi menafaat kepada peserta, terutama mengenai hak-hak sebagai pengguna sekiranya mereka rasa diri mereka tertipu oleh pembekal. Penceramah En Abdul Razak menekankan kepada semua peserta iaitu satu penguna satu suara, pengguna menentukan pasaran dan pengguna hedaklah bersatu menentukan hak mereka. Penceramah juga menekankan kesan-kesan pengambilan gula yang berlebihan.
Turut hadir ialah Pn Azean bt Abdul Rahman Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Gombak.