Sunday, May 27, 2012

Lawatan Sambil Belajar

Pada 24hb Mei 2012 yang lepas, Kanak-kanak KTP Kg Wira Damai telah berpeluang mengikuti Lawatan Sambil Belajar iaitu aktiviti tahunan tabika. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi pengalaman yang baru kepada kanak-kanak dan sekaligus memberikan peluang untuk mereka melawat ke tempat yang menarik di sekitar Kuala Lumpur bersama kawan-kawan sekelas dan guru. Kanak-kanak di bawa ke Pameran Dinosaurs di Pusat Sains dan Taman Rama-rama.

Pusat Sains Negara sentiasa menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan

Adik-adik kelihatan seronok melihat Dinosaurs yang di pamerkan.


T-Rex