Thursday, May 26, 2011

Lawatan Sambil Belajar Kanak-kanak KTP Kg Wira Damai




LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TUGU NEGARA,TMN RAMA-RAMA,TMN RUSA DAN TMN BURUNG


Pada 25hb Mei 2011 Tabika Perpaduan Kg Wira Damai telah mengadakan lawatan sambil Belajar ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Kuala Lumpur. Aktiviti lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang kehidupan dan habitat semulajadi haiwan-haiwan seperti rusa dan burung dan serangga seperti rama-rama yang biasa di lihat oleh kanak-kanak. Aktiviti ini juga mampu memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk melihat dengan lebih dekat lagi.













Kanak-kanak juga telah di bawa ke Tugu Peringatan Negara untuk mendapat pendedahan tentang pengorbanan dan perjuangan perajurit-perajurit negara. Tujuan nya adalah untuk memberikan maklumat tentang cerita-cerita kebebasan negara sebelum negara kita mencapai kemerdekaan. Ini lah yang di katakan PAHLAWAN NEGARA...!