Tuesday, March 15, 2011

Majlis Perasmian Kabin Kawasan Rukun Tetangga dan Penyerahan Peralatan Skim Rondaan(SRS)




Pada 6 Mac 2011 bertempat di Kawasan Lapang Jalan RP 8/7, Taman Rawang Perdana 48000 Rawang Yg. Bhg Tuan Haji Abdul Halim b Omar Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Selangor telah merasmikan Majlis Penyerahan Kabin hasil sumbangan dari seorang individu dan barangan rondaan (SRS) dari Jabatan Perpaduan. Semua guru terlibat dalam menjayakan majlis ini. Turut hadir ialah En Magedran A/l Muniandy PPD Daerah Gombak, Pengerusi KRT dan AJK KRT Daerah Gombak. Majlis berjalan lancar.






SENAM SATU MALAYSIA


20 Februari 2011 jam 8.00 pagi bertempat di KTP Taman Bersatu B, Rawang JPNIN Gombak telah menjadi tuan rumah untuk aktiviti Senam 1 Malaysia bagi dua Daerah iaitu Gombak dan Hulu Selangor. Pegawai dan Guru serta Penolong Guru terlibat dalam aktiviti ini. Aktiviti ini berjalan serentak di Negeri Selangor. En Majedran A/L Muniandy PPD JPNIN Daerah Gombak telah memberi sedikit motivasi kepada guru-guru dan taklimat megenai pentadbiran JPN di Daerah Gombak. PPP Daerah Hulu Selangor juga merakamkan ucapan terimakasih kepada JPN Gombak kerana menjadi tuan rumah dalam aktiviti kali ini. Beliau juga berharap semua kakitangan dan guru-guru daerah Gombak dan Hulu Selangor dapat hadir ke Daerah Hulu Selangor untuk aktiviti yang sama pada bulan Mei 2011.