Saturday, April 6, 2013

Bengkel e-TP Tabika Perpaduan Daerah Gombak 2013

6 Mac 2013. Jabatan Perpaduan Daerah Gombak telah menganjurkan bengkel e-TP Tabika Perpaduan Daerah Gombak. Bengkel ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran guru-guru dalam penyediaan e-TP dan  sentiasa mengemaskini dokumen  dari masa kesemasa. Selain dari e-TP bengkel ini juga turut diajar mengenai  blog tabika dan SMPK. Bengkel dikendalikan oleh Cg Siti Khursiah bt Mohd Johan Jurulatih Utama JPNIN Daerah Gombak. Hadir sama ialah Pn Nor Zaliza bt Saad, Pn Juliana, En Shamsir dan Pn Aida PPPD Gombak. 




Friday, April 5, 2013

MESUARAT JPTP KALI 1 DAN GOTONG ROYONG







23 Mac 2013 Tabika Perpaduan Kg Wira Damai telah mengadakan mesyuarat JPTP kali pertama dan gotong royong. Program berjalan lancar dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada ibubapa.

SAMBUTAN HARI LAHIR KANAK-KANAK





22.3.2013 bertempat di TP Kg Wira Damai telah diadakan majlis sambutan hari lahir untuk kanak-kanak yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac 2013. Terimakasih kepada ibubapa yang telah menyumbang makanan dan hadiah untuk kanak-kanak.

BENGKEL PENGURUSAN FAIL DAN REKOD









 Bengkel fail dan rekod telah dilaksamakan pada 9.3.2013 bertempat di Kolej Komuniti Selayang. Taklimat disampaikan oleh Penolong Pegawai Arkib Negara (Puan Saidatul Nor Rafizah)

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TABIKA PERPADUAN DAN TABIKA KEMAS KG WIRA DAMAI.






1 Februari 2013 Tabika Perpaduan  dan KEMAS Kg Wira Damai telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul di Taman Rekriasi Gua Damai.


MESYUARAT PENUBUHAN JPTP 2013






LAWATAN PEMERIKSAAN KESIHATAN DARI KLINIK KESIHATAN KEPUNG.

Jururawat sedang memeriksa kuku,kutu  kanak-kanak tabika.  


MESYUARAT GURU DAN PENOLONG GURU:2/13






28/2/2013 Mesyuarat guru dan penolong guru bil:2/13 bertempat di TP Tmn Bersatu B .Mesyuarat di pengerusikan oleh Pn Asnida PPPD daerah Gombak. Hadir sama ialah En Sufian PPPD , Pn Juliana PPPD dan En Shamsir PPPD JPNIN Daerah Gombak.

MESYUARAT PEMILIHAN MURID MURID TAHUN 2013



Mesyuarat untuk pendaftaran murid-murid bagi tahun 2013 telah diadakan pada 19/12/2012 bertempat di Toy Library. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Cik Juliana Eadrayanti.Turut hadir Puan Salasiah Hashim (PPD Gombak)


MAJLIS KONVOKESYEN DAN TABIKARAMA DAERAH GOMBAK

Tetamu VVIP Y.Bhg. Pn. Hajjah Umm Taksiah bt Ismail (YDP Puspanita  JPNIN Negeri Selangror 




Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Oleh En Syazwan  PPPD JPNIN Daerah Gombak




10 November 2012 bertempat di Dewan Pejabat Daerah Gombak telah berlangsung majlis Konvokesyen dan Tabikarama Tabika Perpaduan daerah Gombak. Majlis  perasmian  disempurnakan oleh Y.Bhg. Pn. Hajjah Umm Taksiah bt Ismail YDP Puspanita Jab. Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor.

KARNIVAL PERPADUAN 2012


 Taklimat terakhir dari PPD untuk program memastikan program berjln lancar

Pengerusi dan Timbalanb Pengerusi KRT Kg Wira Damai turut hadir


Sebahagian sumbangan yang diperolehi..........ADABI........


 senamrobik.......
 Peserta pertandingan mewarna sedang mendengar arahan........
 pertandingan kolaj.........

 pertandingan reka cipta dari lego...........
 Ucapan aluan dari PPD Gombak.
20 Oktober 2012 bertempat perkarangan Pusat Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan Kg Wira Damai telah diadakan  karnival Perpaduan  Daerah Gombak anjuran Jabatan Perpaduan Negara  dan Integrasi Nasional Daerah Gombak . Perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tuan Hj. Abdul Halim bin Omar Pengarah JPNIN  Negerin Selangor 
 Perasmian Toy Library daerah Gombak...