Friday, October 8, 2010

LAWATAN KLINIK PERGIGIAN SELAYANG KE KTP WIRA DAMAI



Pada 28 September 2010 Klinik Pergigian Selayang telah mengadakan lawatan kali ke 2 tahun 2010 ke KTP Kg Wira Damai. Kanak-kanak tabika diajar cara menjaga dan memberus gigi yang betul. Jururawat juga mengingatkan kanak-kanak mengamalkan makan makanan yang berkhasiat agar gigi sentiasa sihat.


Friday, September 24, 2010

Sambutan Hari Raya Kanak-Kanak KTP Wira Damai







24 September 2010 kanak-kanak Tabika Perpaduan Kg Wira Damai telah menghadiri jamuan hari raya di rumah adik Qistina , adik Sarafana dan adik Puteri Maisarah yang tinggal di Tmn Gombak Permai. Semua kanak-kanak gembira dapat berhari raya bersama rakan-rakan sebaya. Disamping itu juga turut diadakan sambutan hari lahir adik Nur Adriana Syafiqah yang ke 5 tahun. Aktiviti ini merupakan program pertama yang diadakan di luar tabika dan sambutan yang diterima daripada ibubapa sangat menggalakkan. Terima kasih kepada keluarga adik Qistina ,adik Sarafana dan adik Puteri Maisarah kerana menerima kehadiran kanak-kanak tabika dan memberi sokongan kepada pihak tabika , majlis sambutan hari raya ini berjalan dengan jayanya. Pihak tabika juga mengucpkan ribuan terima kasih kepada En Majedran A/L Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak kerana memberi kebenaran kepada Guru dan JPTP bagi menjayakan aktiviti ini.

Saturday, August 28, 2010

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG



26 Ogos 2010 Tabika Perpaduan Kg Wira Damai dan Tabika KEMAS Kg Wira Damai telah bergabung menjayakan Kempen Kibar Jalur Gemilang.Marilah kita bersama-sama menyemarakkan lagi semangat patriotisme walaupun pada tahun ini bulan Kemerdekaan disambut pada bulan puasa. Jalur Gemilang berbagai saiz juga turut dihias disekeling tabika.



















Thursday, August 5, 2010

MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2010

















PADA 4 OGOS 2010 Bertempat di Surau Nurul Falah Taman Bersatu Rawang telah diadakan majlis bacaan Yassin, Majlis dimulai dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Hanafi bin Abd Malik yang bertajuk "AMANAH KEPADA TUHAN ,MAJIKAN DAN DIRI SENDIRI". Selepas ceramah motivasi majlis diteruskan dengan bacaan Yassin oleh kakitangan JPNIN ,guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak , JPTP dan Jiran wanita KRT Taman Bersatu dan diikuti dengan majlis penyampaian cenderahati kepada kakitangan JPNIN Daerah Gombak , guru dan penolong guru Tabika Perpaduan yang menyambut hari lahir dari bulan Januari hingga Ogos 2010. En Majedran A/L Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak dalam ucapannya menyucapkan terimakasih atas kehadiran Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan, jiran wanita taman Bersatu , semua guru dan pen guru, beliau berharap majlis seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang, walaupun majlis ini diadakan secara sederhana tatapi matlamatnya tercapai. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pn Rahayu bt Abd Wahab PPP Daerah Gombak.












Tuesday, July 20, 2010

SUKANEKA TABIKA PERPADUAN











Sukaneka Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah berlangsung pada 18 Julai 2010. Majlis telah disempurnakan oleh Y.Bhg Pn Siti Zuraidah bt Abd Majid Penolong Pengarah Unit Pendidikan JPNIN Negeri Selangor. Turut hadir En Majedran A/L Muniandy
Pegawai JPNIN Daerah Gombak, Pengerusi-pengerusi KRT ,Pengerusi-pengerusi JPTP Daerah Gombak dan ibubapa. Sukaneka ini melibatkan 18 buah Tabika Perpaduan. Tabika Perpaduan Kg Wira Damai telah memenangi 3 acara pada tahun ini. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa. Program berjalan lancar dan meriah.











Tuesday, July 6, 2010

HARI BERTEMU PELANGGAN



















Hari bertemu pelanggan Tabika Perpaduan Kg Wira Damai telah diadakan pada 3 Julai 2010. Tujuan program ini diadakan ialah untuk ibubapa mengetahui perkembangan pembelajaran kanak-kanak
disamping ibubapa boleh bertukar-tukar pendapat mengenai kanak-kanak dan apa juga yang berkaitan dengan Tabika. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibubapa dan mereka berharap program ini akan berterusan pada tahun-tahun yang akan datang. Pn Rahayu bt Abd Wahab Penyelia Tabika Perpaduan Daerah Gombak turut hadir memantau perjalanan program tersebut dan beliau berpuas hati diatas kehadiran dan sambutan daripada ibubapa.