Tuesday, February 28, 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul peringkat Tabika telah di adakan pada 11hb Februari 2012 di Tabika Perpaduan Kg Wira Damai. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memupuk sifat dan sikap yang terpuji Rasulullah SAW di kalangan Kanak-kanak, serta mengingati kelahiran Nabi Muhammad SAW. Kanak-kanak juga turut di perdengarkan Bacaan Selawat Ke Atas Nabi, dan bersama-sama melafazkannya.

Saturday, October 29, 2011

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Lahir Kanak-kanak
KTP Kg Wira Damai


Friday, October 7, 2011

Lawatan Pergigian utk kanak-kanak Ktp Wira Damai





























Lawatan Pergigian diadakan bertujuan untuk memeriksa tahap kebersihan gigi kanak-kanak. kanak-kanak juga telah di ajar untuk memberus gigi dengan cara yang betul..ok adik-adik....gosok jgn tak gosok ye........

Wednesday, September 28, 2011

Karnival Merdekaraya 2011




Karnival Merdekaraya 2011 telah berlangsung dengan meriahnya di Taman Bersatu, Rawang pada 25hb Sept 2011. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tabika, pertandingan bermain congkak untuk remaja, pertandingan memasak dan sebagainya. Kanak-kanak KTP Kg Wira Damai telah memenangi 2 acara dari 3 acara yang di pertandingkan iaitu pertandingan mewarna, dan pertandingan puzzle. Tahniah di ucapkan..... :-)

Happy Birthday Cikgu Malar & Adik Nadzril...

Berhari raya di rumah Adik Syarafana


















Jom kita beraya di rumah Syana....
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu, kanak-kanak Tabika Perpaduan Kg Wira Damai telah di jemput untuk berhari raya di rumah Adik Syarafana iaitu salah seorang pelajar tbk perpaduan Kg Wira Damai. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memupuk sikap kunjung-mengunjungi sempena Hari Raya Aidilfitri. Kanak-kanak tbk di jamu dengan pelbagai hidangan yang sungguh menyelerakan..

Monday, June 27, 2011

Sukaneka Tabika Perpaduan Daerah Gombak tahun 2011

Pada 26 Jun 2011
bertempat di Padang Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Sg Pusu telah di adakan Hari Sukaneka Tabika Perpaduan Daerah Gombak. Aktiviti ini merupakan acara tahunan Tabika Perpaduan Daerah Gombak. Sebanyak 8 acara yang di pertandingkan. Aktiviti ini telah memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk menunjukkan bakat masing-masing dalam bidang kesukanan. Kanak-kanak dari KTP Kg Wira Damai telah memenangani 4 acara permainan yang di pertandingkan. Syabas di ucapkan.