bilik darjah agar ianya seimbang. Syabas di ucapkan.
Sunday, August 5, 2012
Sukaneka Tabika Perpaduan Daerah Gombak 2012
Pada 15hb Julai 2012 yang lepas, Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah menganjurkan Majlis Sukaneka peringkat Daerah. Majlis ini telah di rasmikan oleh wakil Pengarah dari Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Selangor iaitu Pn Syahirah. Sebanyak 8 acara permainan telah di pertandingkan, termasuk 3 acara untuk Ibubapa.4 acara permainan telah di menangi oleh Kanak-kanak dari Tabika Perpaduan Kg Wira Damai. Aktiviti ini telah memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menunjukan bakat dan skil permainan dalam bidang kesukanan selain P&P di dalam
bilik darjah agar ianya seimbang. Syabas di ucapkan.
bilik darjah agar ianya seimbang. Syabas di ucapkan.
Friday, June 22, 2012
Sambutan Hari Lahir
Selamat Hari Jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi sofiya irdina... selamat hari jadi...selamat hari jadi sofiya!. Itulah ungkapan dan nyanyian dari kanak-kanak ktp wira damai kepada sofiya irdina yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-5. pada 22hb Jun 2012 yang lepas, pihak tabika telah menyambut hari lahir seorang kanak-kanak tabika yang lahir pada bulan itu. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak menyambut ulangtahun kelahiran mereka bersama kanak-kanak yang lain di tabika.
Sunday, May 27, 2012
Lawatan Sambil Belajar
Pada 24hb Mei 2012 yang lepas, Kanak-kanak KTP Kg Wira Damai telah berpeluang mengikuti Lawatan Sambil Belajar iaitu aktiviti tahunan tabika. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi pengalaman yang baru kepada kanak-kanak dan sekaligus memberikan peluang untuk mereka melawat ke tempat yang menarik di sekitar Kuala Lumpur bersama kawan-kawan sekelas dan guru. Kanak-kanak di bawa ke Pameran Dinosaurs di Pusat Sains dan Taman Rama-rama.
| Pusat Sains Negara sentiasa menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan |
| Adik-adik kelihatan seronok melihat Dinosaurs yang di pamerkan. |
| T-Rex |
Friday, April 27, 2012
LAWATAN PERGIGIAN
Lawatan Pergigian dari Klinik Kesihatan bahagian Pergigian telah diadakan pada 24 April 2012 yang lepas. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk memberikan maklumat dan info-info yang berkaitan serta kebersihan dalam penjagaan gigi kepada kanak-kanak. Aktiviti mengosok gigi turut di jalankan dalam program ini. Program ini telah dikendalikan oleh Jururawat terlatih dari Klinik Kesihatan bahagian Pergigian.



Tuesday, February 28, 2012
Latihan Praktikal oleh Doktor Pelatih HUKM
Lawatan Khas dari Doktor-doktor Pelatih HUKM telah diadakan pada 22hb Februari 2012 yang lepas. Lawatan ini adalah salah satu komponen penting bagi para Doktor-doktor pelatih ini untuk menamatkan pembelajaran mereka di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bersama-sama kanak-kanak KTP Kampung Wira Damai. Ok Doktor-doktor semua....Selamat Maju Jaya.
Sambutan Hari Lahir Kanak-kanak
Sambutan Maulidur Rasul
Subscribe to:
Posts (Atom)