Friday, April 5, 2013

KARNIVAL PERPADUAN 2012


 Taklimat terakhir dari PPD untuk program memastikan program berjln lancar

Pengerusi dan Timbalanb Pengerusi KRT Kg Wira Damai turut hadir


Sebahagian sumbangan yang diperolehi..........ADABI........


 senamrobik.......
 Peserta pertandingan mewarna sedang mendengar arahan........
 pertandingan kolaj.........

 pertandingan reka cipta dari lego...........
 Ucapan aluan dari PPD Gombak.
20 Oktober 2012 bertempat perkarangan Pusat Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan Kg Wira Damai telah diadakan  karnival Perpaduan  Daerah Gombak anjuran Jabatan Perpaduan Negara  dan Integrasi Nasional Daerah Gombak . Perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tuan Hj. Abdul Halim bin Omar Pengarah JPNIN  Negerin Selangor 
 Perasmian Toy Library daerah Gombak...

PERTANDINGAN "MEMBACA DAN BERCERITA" PERINGKAT DAERAH GOMBAK 2012.



 Pertandinagn membaca dan bercerita ini telah  diadakan di Toy Library JPNIN Daerah Gombak yg terletak di Kg Wira Damai . Program berlangsung selama 2 hari bermula pada 9/10/2012 dan 10.10.2012  peringkat saringan. 20 buah tabika telah terlibat dalam program ini. 
Peserta dari TP Taman Tun Teja A sedang bercerita
Semua peserta  mendapat cenderahati berupa Lego dari pihak Urusetia

Monday, October 1, 2012

Kempen '15min READING BREAK' - Program Hari Ilmu Negeri Selangor 2012

Program hari Ilmu Negeri Selangor 2012 yang telah di lancarkan pada Bulan Jun - Julai 2012 yang lepas  telah di adakan sekali lagi di Kompleks Selayang Mall ,KEPONG bagi sekitar kawasan Daerah Gombak. Program ini sekaligus telah di jadikan acara PENUTUP bagi Pelancaran Program HARI ILMU - GERAKAN MEMBACA PERDANA NEGERI SELANGOR 2012. Acara ini merupakan Anjuran bersama dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
    Seramai 66 orang kanak-kanak yang mewakili Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah dijemput hadir bagi mengikuti Program Gerakan Membaca ini. Sebahagian Kanak-kanak tekun membaca buku cerita yang di berikan oleh penganjur Program mengikut masa yang ditetapkan iaitu sekitar 15minit.








Friday, September 28, 2012

Kenangan bersama Penyanyi Dafi dan Pengacara TV3 Yuen

Kenangan kanak-kanak bersama Penyanyi Dafi AF dan Bekas Pengacara 3R Yuen




Sambutan Hari Lahir dan Jamuan Merdekaraya

Pada 22hb September 2012 yang lepas, Kelas Tabika Perpaduan Kg Wira Damai telah mengadakan aktiviti Sambutan Hari Lahir dan Jamuan Merdekaraya. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lepas, dan secara tidak langsung meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-55 dan sekaligus Sambutan Hari Malaysia. Aktiviti ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan  hubungan ibubapa sesama ibubapa dan guru-guru. 













Friday, June 22, 2012

Sambutan Hari Lahir

 Selamat Hari Jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi sofiya irdina... selamat hari jadi...selamat hari jadi sofiya!.  Itulah ungkapan dan nyanyian dari kanak-kanak ktp wira damai kepada sofiya irdina yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-5. pada 22hb Jun 2012 yang lepas, pihak tabika telah menyambut hari lahir seorang kanak-kanak tabika yang lahir pada bulan itu. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak menyambut ulangtahun kelahiran mereka bersama kanak-kanak yang lain di tabika.