2hb September hingga 6 September 2013 telah diadakan bengkel Anglong anjuran JPNIN Negeri Selangor di Bukit Jugra Banting Selangor. Bengkel melibatkan semua guru dan penolong guru Tabika Perpaduan Negeri Selangor.
Sambutan Merdekaraya telah diadakan pada 31 Ogos 2013 dan 1 September 2013 bertempat di Pusat KRT Kg Wira Damai. Program telah dirasmikan oleh Pn Noor Zaliza bt Saad Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah Gombak.
5 Julai bertempat di Toy Library telah diadakan program belajar bahasa inggeris untuk guru prasekolah JPNIN Daerah Gombak. Mentor proram ialah Cg Suriyati bt Zakaria.
3 Julai 2013 telah diadaka Seminar dan Bengkel pergigian bertempat di Hospital Sg Buluh. Perserta yang terlibat seramai 50 orang guru-guru daripada prasekolah Daerah Gombak.
25 Jun 2013 telah diadakan latihan kawad kecemasan di Tabika Perpaduan Kg Wira Damai. Tujuan adakan latihan ini untuk memastikan kanak-kanak dapat bertindak dengan segera sekiranya berlaku kebakaran.