Friday, June 25, 2010

MESYUARAT SUKANEKA TABIKA PERPADUAN








Pada 25 Jun 2010 mesyuarat AJK Sukaneka Tabika Perpaduan peringkat Daerah Gombak telah diadakan di Tabika Perpaduan Kg Wira Damai. Mesyuarat dipengerusikan oleh Cg Rosnawati bt Hassan iaitu pengerusi sukaneka tahun 2010.
En Majedran A/L Muniandy PPD dan Pn Rahayu bt Abd Wahab PPP yang juga Penyelia Tabika Perpaduan Daerah Gombak turut hadir bagi melancarkan perjalanan mesyuarat tersebut . Tujuan mesyuarat diadakan ialah untuk mendapat maklumbalas tugas-tugas semua AJK yang telah dilantik. Sukaneka Tabika Perpaduan telah ditetapkan pada 18 Julai 2010 bertempat di Padang Kraf Tangan Malaysia Templer Park, Rawang. Mesyuarat berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment