Saturday, October 16, 2010

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN BULAN BAHASA PERINGKAT NEGERI SELANGOR.









Pada 7 Oktober 2010 bertempat di Kompleks Muhibbah Taman Boltan telah berlangsung Majlis Perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor. Perasmian telah disempurnakan oleh wakil kepada Menteri Besar Selangor. Pn Azean bt Abdul Rahman Pen. Pegawai Perpaduan Daerah Gombak dan Pn Rahayu bt Abdul Wahab Pem. Pegawai Perpaduan Daerah Gombak hadir sama dalam majlis tersebut. Perbagai pertandingan telah diadakan antaranya ialah pertandingan bacaan puisi, kuiz bahasa dan sastera, bercerita, berbalas pantun , membaca berita dan lain-lain. Kanak-kanak dari 4 buah Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah dipilih menyertai pertandingan mewarna. Adik Qistina bt Mohd Zainuddin dari KTP Kg Wira damai telah mendapat tempat kedua dan hadiah berupa buku cerita dan wang tunai RM 100.00, manakala 5 orang lagi kanak-kanak KTP Kg Wira Damai mendapat hadiah saguhati berupa buku cerita. Kanak-kanak tersebut ialah Nor Jana, Nor Athira , Mohd Syafik ,Mohd Akil Asfraf dan Azrizal Azizul. .

No comments:

Post a Comment