Thursday, November 25, 2010

Program Cak-cak Comel


Pada 25 November ( Khamis ) LPPKN Selayang telah menganjurkan program Cak-cak comel. Pihak LPPKN telah menjemput Tabika Perpaduan Daerah Gombak dan Tabika swasta menyertai aktiviti mewarna, bersenam, permainan lego dan persembahan purpet. Dalam pertandingan mewarna adik Mohd Aqil Asraf dari KTP Kg Wira Damai telah mendapat tempat pertama, tempat kedua dimenangi oleh adik Nurul Asiqin bt Utong Diki dari KTP Pangsapuri Nuri dan tempat ketiga dimenangi oleh Adik Qistina bt Mohd Zainuddin dari KTP Kg Wira Damai. Selain daripada Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak, perpustakaan daerah juga terlibat. Turut hadir sama ialah En Majedran A/L Muniandy Pegawai JPNIN Daerah Gombak.








































No comments:

Post a Comment