10 Oktober 2010 Y. Bhg Th Hj Abd Halim bin Omar Pengarah JPNIN Negeri Selangor telah merasmikan Tabika Perpaduan Birchwood, Tasik Putri Rawang. Tabika Perpaduan Birchwood telah beroperasi pada bulan Januari 2010. Dalam majlis yang sama juga turut diadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak Tabika Perpaduan dan kanak-kanak yang berumur dibawah 12 tahun. Turut hadir ialah En Magedran A/L Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak, Pn Azean bt Abdul Rahman Pen. Pegawai Perpaduan Daerah Gombak serta kakitangan JPNIN Daerah Gombak.
Saturday, October 16, 2010
PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN BULAN BAHASA PERINGKAT NEGERI SELANGOR.
Pada 7 Oktober 2010 bertempat di Kompleks Muhibbah Taman Boltan telah berlangsung Majlis Perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor. Perasmian telah disempurnakan oleh wakil kepada Menteri Besar Selangor. Pn Azean bt Abdul Rahman Pen. Pegawai Perpaduan Daerah Gombak dan Pn Rahayu bt Abdul Wahab Pem. Pegawai Perpaduan Daerah Gombak hadir sama dalam majlis tersebut. Perbagai pertandingan telah diadakan antaranya ialah pertandingan bacaan puisi, kuiz bahasa dan sastera, bercerita, berbalas pantun , membaca berita dan lain-lain. Kanak-kanak dari 4 buah Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah dipilih menyertai pertandingan mewarna. Adik Qistina bt Mohd Zainuddin dari KTP Kg Wira damai telah mendapat tempat kedua dan hadiah berupa buku cerita dan wang tunai RM 100.00, manakala 5 orang lagi kanak-kanak KTP Kg Wira Damai mendapat hadiah saguhati berupa buku cerita. Kanak-kanak tersebut ialah Nor Jana, Nor Athira , Mohd Syafik ,Mohd Akil Asfraf dan Azrizal Azizul. .
Friday, October 8, 2010
Friday, September 24, 2010
Sambutan Hari Raya Kanak-Kanak KTP Wira Damai



24 September 2010 kanak-kanak Tabika Perpaduan Kg Wira Damai telah menghadiri jamuan hari raya di rumah adik Qistina , adik Sarafana dan adik Puteri Maisarah yang tinggal di Tmn Gombak Permai. Semua kanak-kanak gembira dapat berhari raya bersama rakan-rakan sebaya. Disamping itu juga turut diadakan sambutan hari lahir adik Nur Adriana Syafiqah yang ke 5 tahun. Aktiviti ini merupakan program pertama yang diadakan di luar tabika dan sambutan yang diterima daripada ibubapa sangat menggalakkan. Terima kasih kepada keluarga adik Qistina ,adik Sarafana dan adik Puteri Maisarah kerana menerima kehadiran kanak-kanak tabika dan memberi sokongan kepada pihak tabika , majlis sambutan hari raya ini berjalan dengan jayanya. Pihak tabika juga mengucpkan ribuan terima kasih kepada En Majedran A/L Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak kerana memberi kebenaran kepada Guru dan JPTP bagi menjayakan aktiviti ini.Saturday, August 28, 2010
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

26 Ogos 2010 Tabika Perpaduan Kg Wira Damai dan Tabika KEMAS Kg Wira Damai telah bergabung menjayakan Kempen Kibar Jalur Gemilang.Marilah kita bersama-sama menyemarakkan lagi semangat patriotisme walaupun pada tahun ini bulan Kemerdekaan disambut pada bulan puasa. Jalur Gemilang berbagai saiz juga turut dihias disekeling tabika.
Wednesday, August 11, 2010
Thursday, August 5, 2010
MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2010
PADA 4 OGOS 2010 Bertempat di Surau Nurul Falah Taman Bersatu Rawang telah diadakan majlis bacaan Yassin, Majlis dimulai dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Hanafi bin Abd Malik yang bertajuk "AMANAH KEPADA TUHAN ,MAJIKAN DAN DIRI SENDIRI". Selepas ceramah motivasi majlis diteruskan dengan bacaan Yassin oleh kakitangan JPNIN ,guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak , JPTP dan Jiran wanita KRT Taman Bersatu dan diikuti dengan majlis penyampaian cenderahati kepada kakitangan JPNIN Daerah Gombak , guru dan penolong guru Tabika Perpaduan yang menyambut hari lahir dari bulan Januari hingga Ogos 2010. En Majedran A/L Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak dalam ucapannya menyucapkan terimakasih atas kehadiran Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan, jiran wanita taman Bersatu , semua guru dan pen guru, beliau berharap majlis seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang, walaupun majlis ini diadakan secara sederhana tatapi matlamatnya tercapai. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pn Rahayu bt Abd Wahab PPP Daerah Gombak.
Subscribe to:
Posts (Atom)

