Wednesday, June 30, 2010

Bengkel Etp Tabika Perpaduan Daerah Gombak.




Bengkel E-TP Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah diadakan pada 29 Jun 2010 bertempat di Makmal Komputer Kolej Komuniti Selayang. Bengkel ini dikendalikan oleh Cg Norashidah bt Md Nor iaitu pelapis Jurulatih Utama dan dibantu oleh Cg Siti Khursiah dan Cg Anita. Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk membantu guru dan penolong guru menghantar maklumat pentadbiran Tabika melalui program e-tp .Bengkel ini melibatkan semua guru dan penolong guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan semua peserta begitu tekun mempelajari setiap maklumat yang disampaikan oleh Cg Norashidah.

Friday, June 25, 2010

MESYUARAT SUKANEKA TABIKA PERPADUAN








Pada 25 Jun 2010 mesyuarat AJK Sukaneka Tabika Perpaduan peringkat Daerah Gombak telah diadakan di Tabika Perpaduan Kg Wira Damai. Mesyuarat dipengerusikan oleh Cg Rosnawati bt Hassan iaitu pengerusi sukaneka tahun 2010.
En Majedran A/L Muniandy PPD dan Pn Rahayu bt Abd Wahab PPP yang juga Penyelia Tabika Perpaduan Daerah Gombak turut hadir bagi melancarkan perjalanan mesyuarat tersebut . Tujuan mesyuarat diadakan ialah untuk mendapat maklumbalas tugas-tugas semua AJK yang telah dilantik. Sukaneka Tabika Perpaduan telah ditetapkan pada 18 Julai 2010 bertempat di Padang Kraf Tangan Malaysia Templer Park, Rawang. Mesyuarat berjalan dengan lancar.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS KLCC
















Pada 24 Jun 2010 Tabika Perpaduan Kg Wira Damai telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Petrosains KLCC. Aktiviti ini melibatkan murid-murid tabika seramai 29 orang, JPTP, ahli keluarga murid-murid dan guru tabika. Tujuan lawatan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid Tbk menerokai apa yang ada diluar,membentuk semangat kerjasama serta boleh berdikari.
Aktiviti ini juga mendapat kerjasama yang baik daripada ibu-bapa dan JPTP disamping dapat memupuk semangat perpaduan dan kemesraan dikalangan guru-guru ,ibubapa dan juga murid-murid Tabika.
















Tuesday, June 1, 2010

SAMBUTAN HARI LAHIR KANAK-KANAK








Sambutan hari lahir kanak-kanak Tabika Perpaduan Kg Wira Damai yang telah diadakan pada 27 Mei 2010 meraikan ulang tahun yang ke 6 adik Sajid Alim bin Sufandi dan dan 1 Jun 2010 pula meraikan ulang tahun yang ke 5 adik Rapie. Turut hadir ialah ahli keluarga anak-anak yang diraikan







Friday, May 21, 2010

SAMBUTAN HARI LAHIR KANAK-KANAK DAN SAMBUTAN HARI GURU 2010



Sambutan hari lahir kanak-kanak dan Sambutan Hari Guru Tabika Perpaduan Kg Wira Damai telah diadakan pada 21 Mei 2010. Majlis dimulai dengan bacaan doa daripada Ustaz Fairuz.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En Remlee bin Dollah Pengerusi JPTP, En Azman bin Abdul Timbalan Pengerusi , AJK dan ibubapa. Cikgu Siti Khursiah mengucapkan ribuan terimakasih kepada Pengerusi ,AJK dan semua ibubapa yang hadir menjayakan program ini . Ucapan terimakasih juga kepada En Zainuddin dan isteri yang telah menyediakan nasi tomato kepada semua tetamu.

Tuesday, May 18, 2010

SAMBUTAN HARI GURU JPNIN NEGERI SELANGOR 2010


TEMA HARI GURU 2010
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.




Sambutan Hari Guru Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Negeri Selangor telah diadakan pada 18 Mei 2010 di Carlton Hotel Shah Alam. Perasmian disempurnakan oleh Y.Bhg Tn Hj Abdul Halim Bin Omar Pengarah JPNIN Negeri Selangor. Majlis dimulai dengan Nyanyian lagu Negaraku dan Bacaan ikrar yang diketuai oleh Cg Hariza dari Daerah Petaling.Majlis juga turut meraikan Pegawai yang bertukar keluar dari Negeri Selangor. Antara pegawai yang diraikan ialah Pn Nurul Akmalina bt Shamsuddin yang telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah JPNIN Negeri Sabah. Dalam majlis yang sama juga sijil penghargaan dan cenderahati diberi kepada Jurulatih yang bertugas bagi lawatan JU ke Daerah.


Pegawai dari Daerah Gombak yang turut hadir ialah En Za'aba bin Abd Rahman, Pn Rahayu bt Abd Wahab dan Pn Juliana Eadrayanti bt Johari .

Tuesday, April 27, 2010

SAMBUTAN HARI LAHIR SARAFANA BT MOHD ZAINUDDIN









Sambutan hari lahir Adik Sarafana bt Mohd Zainuddin yang ke 5 tahun telah diadakan pada 26 April 2010 bertempat di Tabika Perpaduan Kg Wira Damai, turut hadir ibu serta ahli keluarga Sarafana.