Monday, December 6, 2010

SEMINAR KESEDARAN PENGGUNA (KEMPEN PENGURANGAN PENGAMBILAN GULA)


Pada 4 November 2010 (Sabtu) bertempat di Dewan Kompleks Pegawai Daerah Gombak telah berlangsung seminar kesedaran pengguna dengan kempen pengurangan pengambilan gula anjuran Pejabat perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Penggunaan Gombak & Gerakan Pengguna Daerah (GPD). Peserta terdiri daripada kakitangan JPNIN Daerah Gombak, Guru -guru Tabika Perpaduan ,Pengerusi KRT, Ahli Jawatankuasa KRT dan penduduk tempatan. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tn Hj Zainon Salleh Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Penggunaan Negeri Selangor.


Seminar ini sangat berfaedah dan memberi menafaat kepada peserta, terutama mengenai hak-hak sebagai pengguna sekiranya mereka rasa diri mereka tertipu oleh pembekal. Penceramah En Abdul Razak menekankan kepada semua peserta iaitu satu penguna satu suara, pengguna menentukan pasaran dan pengguna hedaklah bersatu menentukan hak mereka. Penceramah juga menekankan kesan-kesan pengambilan gula yang berlebihan.
Turut hadir ialah Pn Azean bt Abdul Rahman Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Gombak.







No comments:

Post a Comment