Monday, December 13, 2010























12 November 2010. KRT Kg Wira Damai dengan kerjasama , Polis Daerah Gombak,JASA Daerah Gombak, Pejabat Kesihatan Daerah Gombak , RELA Daerah Gombak dan Komuniti Penduduk Kg Wira Damai telah mengadakan program Warga Ceria (Walkaton Keluargaku Sayang). Berbagai acara sukan telah diadakan antaranya ialah pertandingan berjalan kaki mengikut peringkat umur iaitu remaja lelaki, remaja perempuan, dewasa lelaki dan dewasa perempuan. Pertandingan kerusi berirama juga diadakan untuk remaja dan dewasa .Untuk kanak-kanak pula diadakan pertandingan tiup belon dan pertandingan mewarna. Pemeriksaan kesihatan secara percuma juga turut diadakan kepada orang ramai. Pihak penganjur juga membuka kaunter daftar Pemilih/SPR. Untuk memeriahkan lagi majlis, cabutan nombor bertuah turut diadakan. Majlis berjalan lancar dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua peringkat umur. Hadir bagi memeriahkan program ialah En Abu Samah Hj Husin Pengerrusi KRT Kg Wira Damai , En Razali Pegawai JASA Gombak, Pemimpin-pemimpin tempatan dan wakil-wakil Jabatan yang mengambil bahagian.

No comments:

Post a Comment