Saturday, January 29, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL NEGERI SELANGOR


Pada 25hb Januari - 26 Januari 2011 satu Mesyuarat Pengurusan JPNIN Negeri Selangor Bil 1/2011 telah di adakan di Dewan Klanang, Impian Morib Hotel, Morib,Kuala Langat. Mesyuarat ini telah di hadiri oleh Tuan Pengarah JPNIN Negeri Selangor, Pegawai-pegawai Perpaduan Daerah, Pegawai-pegawai Kanan Daerah, Pembantu Tadbir Daerah dan Jurulatih Utama serta kakitangan JPNIN Negeri Selangor. Tujuan Mesyuarat ini di adakan adalah untuk membentangkan Laporan Tahunan/Imbasan Prestasi Jabatan pada tahun 2010 mengikut Daerah di Negeri Selangor. Pn Azean bt Abd Rahman selaku Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Gombak yang mewakili En Magedran A/L Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak telah diberi kepercayaan untuk membentangkan Laporan-laporan tahunan 2010 yang meliputi Bahagian Pengurusan, Operasi dan Kewangan di Daerah Gombak. Mesyuarat ini juga turut membincangkan tentang Laporan Kalendar Aktiviti tahun 2011 yang akan di jalankan di setiap peringkat daerah di Negeri Selangor.














Wakil-wakil dari Daerah Gombak dan Daerah Hulu Selangor yang menghadiri Mesyuarat Pengurusan JPNIN Negeri Selangor Bil 1/2011.







Pn Azean sibuk berbincang dengan Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Selangor.

No comments:

Post a Comment