Friday, January 28, 2011

MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA PENYELARAS TABIKA PERPADUAN TAHUN 2011

Satu Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) telah diadakan pada 23hb Januari 2011 di Tabika Perpaduan Kg Wira Damai. Mesyuarat yang di adakan ini bertujuan untuk melantik ahli-ahli Jawatankuasa Tabika yang baru yang akan membantu guru-guru tabika dalam melaksanakan dan menjayakan aktiviti yang di atur dan di rancang oleh tabika sepanjang tahun 2011 ini. Turut serta dalam mesyuarat JPTP ini adalah pagawai-pegawai dari Jabatan Perpaduan dan SeIntegrasi Nasional Daerah Gombak. Ucapan ribuan terima kasih kasih kepada Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Gombak, Pn Azean, En Za'aba dan Pn Norzaliza yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat ini.



Ibubapa dan para jemputan tekun mendengar penerangan daripada pegawai Perpaduan Daerah Gombak tentang tugas-tugas ahli Jawatankuasa yang di lantik bagi sesi 2011 ini.

No comments:

Post a Comment